Monday, May 11, 2009

stoping island -1st day

Update, update!
Hehehe.

"Lan aku jumpe kao sem depan". Demikian lah kata2 yang keluar dari mulut budak2 ni selepas tamat je exam ROBOTICS. Aahaha!. Susah gile kot. Exam dah abes! So makhluk2 tuhan kat rumah ni mula la start pula prepare untuk trip ke Perhentian yang kami rancang sejak dari awal sem lagi. Hak3. Sesungguhnye kami memang berfikiran agak jauh ke depan. 6.5.2009, bermulalah pengembaran "parahok akustika" secara berkumpulan menuju ke Kuala Besut Terengganu.

"Lan, aktiviti umah kao pukul bape nih?" (merujuk kepada perjanjian makan malam kat rumah aku di Pahang)

"Dalam pukul 3 jap lagi kite gerak la"

Maklumlah, bila "berjanji melayu ala2 mamak", lebih kurang pukul 8 malam baru kami bertolak dari tol Gombak. Macam2 delay diorang nih.



Sempat lagi masing2 posing kat tol Gombak. Ni semua Daus punye pasal. Lembap!

Bila semua dah berkumpul barulah perjalanan ke rumah aku diterus kan. Lambat punye pasal. Ape lagi. Speeding la masing2. Tiba di rumah aku kira2 jam 10 malam. Sampai2 je terus melantak gulai ikan patin yang dijanjikan. Nasi tak cukup! Jangan tanye kenape. Perut semua dah tahap ape dah. Selesai menjamu selera kami berehat sejetika untuk meredakan keadaan didalam perut. Bagi ikan2 patin kat dalam tu relax sket. Lebih kurang jam 1130 malam kami bergerak dari kg.Belimbing menyambung perjalanan kami. Mule2 semua semangat. Lepas tu yang tinggal aku dengan Nai je. Apis dengan Aleemi dah mati kat belakang. Tak boleh pakai betol.



PAKA!

Sampai je kat sini aku tak tahulah. Mungkin excited yang agak berlebihan tambahan hormone2 ikan patin yang seronok berenang2 dalam perut ni membangkitkan nafsu kitorang dan menjadikan kitorang "jakun" gile tgk api2 yang bagak hebat kat sini. Kat sini aku tak paham macam mane Apis yang tadi sedang nyenyak tidur tiba2 boleh ade kat sebelah aku melompat2 keriangan bila berhenti kat sini. Ajaib. Macam toyol je die bile ade sesi tangkap2 gambar nih.
Habis part kat sini sambung balik perjalanan ke jeti. Jauh lagi beb! Sampai kat mane tah aku dah tukar tempat ngan apis. Suruh die plak drive. Penat. Tiba kat Kuala Terengganu around 4 lebih. Semua carik kedai mamak nak tengok bola punye pasal. Game best kot. Barca vs Chelsea. Berkesudahan seri tapi Barca pergi final! Hahahha!. Menang bet ngan mat duit speed boat.huahahahah!




Sampai!

7 lebih kami sampai! yeah!! seronok tak terkate.hak2. Sampai2 je pergi cari tiket bot. 9.30 pagi baru bot bertolak so, breakfast dulu! Makan nasi dagang Terengganu pagi tu. Pergh! Layan gile.




"Lan, die xde sediakan life jacket ke?" memetik kate2 dari seorang mangse hanyut di pulau Tioman suatu mase dahulu. HAHAAHAHAHA~. Tau pun cuak. 9.30a.m kami bertolak dari jeti. Perhentian here we come!


perhentian!


Sumpah memang heaven gile kat sini.

Setengah jam dilambung ombak yang agak ganas2 manje, kami sampai di Pulau Perhentian Kecil. View die memang terbaek! Catik gile. Sampai2 plak dihidangkan dengan pemandangan duyung2 dari luar negara. Pergh! Segar mate nih. Disebabkan kitorg maen kental je tak booking pape so terpakse lah pecah kepada 3 group and pergi survey mane2 chalet yang kosong. Last2 dapat kat Moonlight. Salah satu chalet yan ade kat longbeach tu. Check in je, aku tak tunggu lame. Walaupun dah pukul 12tghari. Slumber je aku, stan, mat ngn nik pergi mandi kat tengah2 panas tu. Tak leh tahan la. Air cantik sangat.(xtahan tgk duyung sbenarnye.hahahaha)

Abes mandi. Semua "kong". Penat sangat. Sedar2 dah petang. Dalam pukul 5 lebih kot. Kali ni budak2 laen plak yang nak berenang2. Aku dah malas. Tapi follow jela. Last2 pergi maen terjun2 kat jeti. Bole tahan la tinggi die. Boleh nampak jugak la sape yang xde "tuuut..." kat situ.hak3. Selesai mandi. Balik. Get ready nak dinner. Part ni la yang susah sket nih. Makan kat sini mahal. sekali makan bole cecah 15ringgit kot. Macam order McD. hoho. Tapi nak wat cane. Lapar. Bayar jela.

Malam kami naek ke JungleBar terletak di atas bukit kat pulau tu. Malam tu Opening. Cam baru launching la. So kire kitorang lucky la datang hari tu. Ape lagi. Layan la reggae band malam tu. Tapi semua tidor awal. Esok nak snorkeling. End for 1st day.....



Be good=)

Tuesday, May 5, 2009

this is funny!

Guys nanti kalau korang dah kawen try la anta surat ni. Mane la tau kot2 bole approve ke.ahaks!;p






Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300 , Kemaman
Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300 , Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalamorganisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


Nota :

En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan
Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana?
Guna pisau boleh bang..?".

Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada
isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan
penerima. Kalau anda berani cubalah.... ahaks!



Get good=)
huahahahahah!

Saturday, May 2, 2009

new advertisement!



Be Good=)