Saturday, September 26, 2009

kenapa saya suka rumah saya.

Raya! Raya! and Raya! Panjang nak cerita nih. Banyak isu sket raya tahun ni. Hoho. Baru sampai dari Pahang. Warghh!! Penat drive sorang2. Bertolak jam 8.30 malam tadi dan tiba di rumah kira2 12.30 malam. Stop hantar barang di Ukay + roadblock tadi yang buat lambat smpai ke rumah.

Seminggu balik kampung. Cuti raya. Dalam seminggu tu macam2 la yang jadi. So nak update sket kat blog ni. Cerita pertama :

Last week pada hari jumaat malam aku bergerak ke Pahang. Sampai rumah kira2 pukul 3 pagi. Terus bersahur. Time tu hampir semua adek bradek dah ade di rumah. sahur pagi tu makan lauk daging Kijang. Best2.Hari tu last puasa. Esok da nak raya. Nak dijadikan cerita, pagi tu 1 of my sis in law yang tengah pregnant tiba2 mengadu. Sakit. Jeng jeng jeng. Rupa2nya sakit nak bersalin. Maka dengan lantas dan tuntasnya abang aku n my mom pergi ke hospital. Actually diorang punye la berharap baby keluar lepas raya. Tapi tak. Hari tu jugak check in. Mummy da pening, dalam hati risau kat menantu dia, kepala fikir pasal nak masak untuk raya. Last2 adek bradek laen pujuk. Suruh die pergi ikut ke hospital dan petang nanti suruh aku ambil dia. OK. Fine. "Lan xkesah". Pagi tu my sis in law da kene check in. Memang confirm nak bersalin. Hohoho. Petang tu aku gerak la Kuantan nak pick up my mom kat hospital. Sampai kira2 jam 2 petang. My mom cakap dia tak nak balik. Risau katanya lagi tak lepas baby tu. So tunggu la. Berbuka pun kat hospital. Keluar kejap carik KFC. Nak pegi bazar takut tak sempat. Da lewat. Lepas berbuka and solat maghrib. Abang tak keluar2 lagi dari wad bersalin. My mom pegi tengok tapi doctor da tak bagi orang laen masuk. Da nak sampai waktu. Kira2 jam 8.21 malam, lepas je pengumuman raya kat tv yang selalu kita excited nk tengok tu, my bro keluar! Yeay! da selamat bersalin! baby girl! Hahahahaha! Malam raya bole plak die nak keluar budak ni. Btol2 happening. Hak2. Maka secara official nya bertambah la bilangan anak buah aku. Masuk ni yang ke 23 kalau tak salah. Hahaha. Lupe da, malas nak kira. Hehehehe! 19.09.2009 lahir la puteri nur syawal aidilfitri, ahahahahah! tak lah. Nama dia. Puteri Rania Sofea binti Rizal. Pergh! Nama, tak nak kalah. Yes aku agak excited malam tu. Huhu. Mana tak nya. Malam raya baru nak keluar. Chomel btol budak ni.


tadaaa!! ni la pic die.



Raya pertama, macam biasalah pagi2 da kena bangun and tunggu turn bilik air. Adek bradek ramai tambah pula anak2 buah. Memang tak cukup kalau setakat ada 2 bilik air. Tahun ni pulak turn semua orang balik raya kat rumah, so memang pack gila. Tapi seronok! Happening wooo0! After siap2 semua ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Tiap2 tahun time ni lah nak jumpa kawan2 semua. Bukan senang nak tengok semua orang ada di kampung. Kampung kecil, kebanyakannya banyak yang merantau. Time2 raya ni lah nak jumpa kawan2 lama balik. Selepas solat. Balik dan kemudiannya ada sesi photoshoot bersama family. Kalau nak upload satu2 mati la kot. Siblings ada 11. 11 pic penuh la blog ni. Huhu. So upload mana yang penting je. Selesai sesi photo shooting baru lah dimulakan sesi "bersalam2an dan bermaaf2an" cewah! Time ni la nak mintak ampun sesama kami. Normal kalau tengok air mata abang2 and akak2 time nih. Haha. Aktiviti tiap2 tahun kot. So lepas sesi ni 0-0



.







Haha. Video kat atas ni memang nampak kurang quality sket. Cameraman pun anak buah aku yang baru darjah 3. So pening2 jugak la nak tengok. Tapi tu semua bukan lakonan ye. Kalau ade anak murid cikgu Rozaidi yang bace blog ni, yes! itu memang dia. Jarang dapat tengok die camtu tau. Hak3! This is my family. Every year sejak aku kecil lagi memang aktiviti ni ada. Bila berlansung je sesi ni. Selalu teringat kat my dad. Sayu sekejap. Miss him. And yes, We love u abah!


behave semua!

jump2!



2pic family yang sempat upload. Banyak lagi tapi da malas. Yang ni nampak happening sket. Hehehehe!


Selesai bergambar dan sebagainya kami bersiap untuk ke kubur arwah ayah. Sedikit tahlil bagi memperingati arwah. Al- fatihah.

Aktiviti seterusnya, ke rumah Makcik di Kampung mummy. Yeah! Memang tiap2 tahun ke sini. Menu wajib. Lontong dan Roti jala. Kalau takde memang tak best.

sempat lagi snap pic sebelum bergerak.
semua single lagi ye.tQ.hahahahah!


Di rumah makcik agak meriah tahun ni. Kebetulan semua datang untuk beraya pada waktu yang sama. So agak havoc jugak la keadaan.


review sket keadaan di rumah makcik.


Seperti biasa kat sini pun akan ada sedikit bacaan tahlil. Kali ni untuk arwah atuk dan nenek. Selesai makan dan semuanya. ada cadangan dari abang sulung untuk snap pic satu family. Bukan family aku je. Kali ni semua family. Meaning dari adek bradek my mom sampai la ke cucu cicit die. Agak ramai jugak la.



macam biase.behave2.carik aku kalau jumpe!

lompat2!hahaha!cam biase aku memang suke rosakkan gambar.

Sumpah ade beberapa orang sepupu or sedare aku sendiri yang aku tak kenal. Sape suro diorang tak faymes. Hahahahahha!
Abes aktiviti kat rumah makcik. Balik rumah la. Ape lagi. tapi aku terpakse ke Kuantan. Amek baby. Baru dapat check out. Kene bawak mak coz sis in law tak larat nak pegang lame2. Huhuhu.

Balik rumah malam tu. Kejadian yang tak diingini berlaku. Jiran sebelah rumah declare war dengan kitorang. Actually malam raya pertama diorang dah tunjuk "kerek". tapi desebabkan aku kat hospital. So aku tatau apape. BOOM!! Diorang start dulu. Pergh!!memang terbakar abes la. Ape lagi. Abang aku dengan lantang nye. "Lan, pegi setel" . Laju je aku bangun. "Amek barang dalam plastik hitam tu". Arahan seterusnya dari abang aku. Amek siap2. Dengan ditemani anak buah aku yang tinggi kalah menara KLCC tu aku keluar duduk tepi jalan. BOOM!! Lagi sekali. Ni bikin panas nih!! Tak lame lepas tu. Kurang dari 3saat. BOOM!! BOOM!! BOOM!!. 3 bijik sekali gua baling! Hahahaha! Sape suro lu men kasar. Lame2 makin meriah bunyi mercun. Satu kampung plak tetibe berbunyi. Memang happening abes. Supplier. Sape lagi kalau bukan abang aku yang duduk kat ipoh tu. Name pun polis. Mesti la banyak. Jiran sebelah tak nak kalah. Makin aku baling makin banyak diorang balas. xsampai 10 minit. Abang2 aku yang panas dengar kat dalam tu keluar. Hahahaha! Tak tahan la tu. Kali ni memang tak leh blah. Kitorang yang muda2 ni plak yang jadi penonton. Yang maen abang sulong aku, yang no 3 dan kebawah. Termasuk la abang ipar sekali. Hahah! Bengong. Bayang kan la umur diorang tu paling tua da cecah 43 tahun still terlompat2 lagi baling mercun. Da macam ape dah. Kitorang yang kecik2 ni plak tergelak tengok diorang. Suasana dah macam bunyi perang vietnam dah. Idea diorang nak bagi kuat punye pasal memang pelik2. Siap cari tin lagi nak bagi kuat. Jahat gila. Aku tatau la. Mungkin diorang hilang akal kot time ni. Lawan dorang jiran sebelah rumah aku tu pun same. Yang maen semua dah tue. Buang tebiat agaknye. 3 malam berturut2. Malam je start la perang. dah kena rasuk diorang ni agaknya. Yang kecik2 harapan la nak maen. Semua yang tua2 je dapat. Malam last tu. Abang no 3kena sengat dengan lipan. Time sakit nak buang bisa benda alah tu punye la macam nak mati die terbaring. Tak sampai 20 minit. Dengar je jiran sebeah baling mercun, dengan kaki berikat dia bangun. Nak maen mercun punya pasal. Terok btol. Hohoho. Ada sekali mercun terlepas dari tangan. Betul2 tepi kaki dia. Macam lipas dia lari. Kitorang semua dah tergelak. Tadi punya lah sakit. Last2 laju pulak dia lari. Hak3. "Tahun depan aku ingat nak abes kan 100ringgit la nak beli mercun" Abang aku bersuara. "Aku pun ingat tahun depan kena ade budget la dalam 100" sambung yang laen. Pergh! punya la tak ingat dunia diorang ni. Cuba la duet tu bagi kat adek bongsu ni. Tak ke elok. Adeke nak beli mercun. Hampeh!


Raya kedua. Seperti biasa kampung aku kalau takde liga bola memang tak sah. Malam sebelumnya dah undi kumpulan. Esok nya maen. Memang penat. Mana tak nya. Start pukul 10 pagi. Habes pukul 6++. Penat woO. Tahun ni agak kurang bernaseb baek. Naib johan je. Kalah penalti final. Pape pun. Puas hati. Sebab berbaloi. Score pun banyak.Huhuhu. Johan team abang aku and anak buah aku. Ces! tapi tak kesah. Darah daging aku jugak.Huhuhu!.

Raya ketiga. Family day! Time puasa dah rancang nak nak buat family day nih. Walaupun ada adek bradek aku yang tak dapat info and tak boleh join sebab tau last minit. Diorang tunggu jugak. Nak bagi meriah punya pasal. Cadangan aktiviti. Lawan bola, Netball dan malamnya karaoke(lawan antara family.siap ada hadiah lagi.hoho) tapi karaoke dibatalkan atas sebab2 tertentu. So Bola dan Bola jaring je lawan. Petang tu. Dengan sakit badan maen bola semalam pun tak abes lagi. Maen plak untuk family hari ni. Pergh! Rase nak tercabut kaki ni. Tapi family punya pasal. Lari jugak la. "Kalau boleh tapau diorang 20 kita bagi 40" kata abang2 aku. Punya la jahat dalam kepala diorang ni. Memang tak pernah suci otak diorang ni. Asyik nak belasah orang je. Tapi memang team lawan ayam pun. That's why la diorang fikir jahat camtu. Lawan pun sepupu sendiri. Memang best la. Adek bradek aku yang laki + dengan ipar2 sekali dah cukup satu team bola. Memang best men ngn diorang. Semua same cam aku, kaki bola. So memang seronok la tapau team lawan. Tapi takdela sampai 20. Menang 5-0 je. Memang kena bahan la. Family2. Aunty2 ngn uncle2 pun semua sporting.Hoho. Netball kitorang kalah. kene belasah pulak 10-4. Yela. tak cukup player. Akak + akak ipar aku 5orang takde. Pakai budak2 kecik je. 2orang balik umah mertua. 2orang lagi pregnant . Sorang baru lepas operation. Huhu. Nak buat camane. Nak tambah ahli tunggu aku carik girlfriend la. Tak pun carik calon Isteri tros. Hoohohoh. Lepas aktiviti tu semua. Malam ada makan2 sket. Kat rumah aku. Makan gulai ikan patin. Sedikit ucapan dari yang tua2. Actually family day ni buat coz nak hilangkan ade sedikit kekeruhan berlaku antara kitorang. Biase la. family besar. Ade la salah faham sket. Jayanya majlis tu maknenye berjaya la buang yang keruh2 tu. Alhamdulillah semua da OK. And ada harapan next year buat sekali lagi. Sayang semua gambar aktiviti ni aku tak sempat nak amek dari abang aku. Nanti amek upload kat facebook jela. "tahun depan kita tapau diorang 10 plak, amacam?" sempat lagi abang2 aku bagi idea jahat. Punya la jauh diorang pk. tapi naseb la. Memang kene trok la kalau lawan bola lagi tahun depan. Hahahahahahahhahahahahahah!



Tu jela nak cerita. Panjang gila dah ni. Memang rekod dah ni. Ouw. Pasal duet raya, tahun tak dapat banyak ade bebarapa keping je. Tak kira pun dapat berapa. Orang nak bagi tu pun da kira OK. Huhu. Yang penting dapat. That's all untuk raya kali ni. Kalau ade terlepas pandang nanti update! Yeah! da pukul 3. 2jam jugak aku mengadap laptop ni nak update punya pasal.
End post.



*Selamat hari raya maaf zahir dan batin


Get good =))))))))

Friday, September 18, 2009

raye!



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


to all : semoga happee2 raye tahun ni. Nak mintak maaf banyak2 if ade terumpat kat dalam blog ni ke or kat luar. Enjoy raye! Have fun semua! See ya! Nak balik kampung! rindu mak!Wahahahaha!

*this raya mission : nak men bola n menang.(this is me, raya pun bola je dalam otak.hahaha.naseb la..)

Get good =))))))

Saturday, September 12, 2009

mane?

It's raining outside.
I wonder where is she.
Balik la.
Da nak raya ni.






Give Up =(

Friday, September 4, 2009

Up and down

Awal pagi tadi dikejutkan dengan satu panggilan. My sis yang call. "Dik, adek kak Iza(adek ipar abang aku)apis meninggal malam semalam". Terkujat sekejap. "lebey kurang kul 12 malam semalam accident langgar jejantas" "laju sangat kot". Arwah bawak kereta satria abang aku dulu. Baru je jual 3,4 bulan lepas. Tak sangka kereta yang pernah aku bawak dulu accident sampai ambil nyawa 2 orang. Driver meninggal di tempat kejadian. Kawan die time on the way ke hospital. Tak lama lepas tu my mom plak call. Risau agaknye. 2,3 minit gak lecturer dari die. Time die call orang tengah kafan kan jenazah. Before sembahyang jumaat nak dikebumikan. Sayu jugak dengar. Dah la bulan puasa. Tinggal 2minggu lebih je lagi nak raya. Ajal n maut. takde orang tau bile kan. (Al-fatihah)


pic of the car.scary x?




Petang tadi pegi MFI. Nak setel kan FYP. Harini last day hantar proposal and guess what. Nai ngn aku takde idea, takde tajuk and takde supervisor. Pergi jumpe lecturer yang handle FYP sem nih. Yeah! "Saya kena layan awak sama macam saya layan student laen. Sekarang da pkul 3.45. awak kena submit by today jugak". Tinggal lagi sejam 15 minit. Blurr kejap kat MFI tu. Mane nak cari tajuk and supervisor semua. Tapi tu la kan. Otak manusia ni laju bile kena push. Call orang2 berkenaan. Pergi jumpe few lecturer jat MFI tu and semua tak available. Akhirnya dapat tajuk. Tapi still takde supervisor. Alhamdulillah. Last2 minute dapat gak. And last2 tu la tetibe semua lecterur jadi baek. Siap offer jadi co-supervisor lagi. Tepat pukul 5 hantar proposal. And proposal tu approved by the lecturer. Sumpah rase nak menjerit dalam bilik die. Hahaha. Ingat senang2 ke die nak approve. Silap2 boleh kene reject. Dah la arini due date die. Happee gile. Nai siap boleh merangkak lagi tym keluar bilik. Menggeletar gak la kaki nak hantar. Hahaha. Pasni tengok la cane plak progress. 1hour 15mnt siap kan satu proposal. Orang laen dekat 2minggu kot. Hohoho. End post.

oh yes.i bought sumthg 4 myself and i like it =)))


Be good =)