Sunday, November 23, 2008

Back from heLL!!!hehehe..

Pergh!! Dah lama gila tak menulis. Ni baru nak update balik. Hehehe. Sedikit busy akhir2 ini. This time nak cerita pasal something yang agak unik jadi dalam family aku.




Majlis sambutan hari jadi yang agak pelik(hak2). Diorang ni semua abang2 aku. Yang tgh tu yang 1st, yang sebelah kiri tu no 5 and yang kanan tu no 9@abang aku yang kahwin baru2 ini(seat pengantin pun ada lagi kat belakang tu). Actually benda ni saja2 je kami nak buat. Kebetulan birthday diorang dekat2. Takde lah dekat mana tapi dah alang2 semua ada kat rumah, celebrate je lah. Agak funny sebab kalu tengok betul2 muka masing2 tu semuanya baru bangun tidur. Cake pun ambil cake kahwin semalam. Lilin tak payah cakap la. Lilin mana entah diorang sapu. Anyway. Happy birthday to them. Menunjukkan bahawa abang2 aku dah makin tua and aku pun dah tak boleh consider kecil lagi. Damn, dah 21 kot. Haisy.=)



Be good=)

Saturday, November 1, 2008

Ayat2 dan bahasa yang digunakan dalam post kali ini akan berbunyi agak skema dan hampir menyerupai patah2 perkataan didalam kamus dewan bahasa dan pustaka. Tetapi dialog yang di rakamkan adalah seperti yang dikeluarkan oleh insan2 berkenaan.


Jarak antara beliau dengan TV kurang daripada 0.54cm. Diulang sekali lagi. Jarak antara beliau dengan TV kurang daripada 0.54cm. Satu perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris atau pun English Premier League sedang berlansung. Everton menentang Fulham. Keputusan yang dipaparkan adalah seperti berikut.

EVE 0 FUL 0


Tiba2.......
Dengan confident dan yakin seperti beliau menjawap soalan test 2 Power Electronics....

"yang score 1 tadi smart x?"

Satu soalan diajukan kepada insan2 lain yang berada dihadapan tv. Masing2 masih terpinga2 untuk menjawap.

"score mane pulak nih?"


Lantas kepalanya dihadapkan kembali kehadapan TV.

EVE 0 FUL 0


Keputusan itu sebenarnya lansung tidak pernah berubah.................


"kau ni dah jadi macam nai meracau sorang2"

"eyh tadi bukan dah satu ke?"

"aku nampak tadi dah satu la"

"banyak la ko punye satu!"


Hahahahaha..lagi satu penyakit yang timbul kat rumah aku. Aku tak tahu la apa masalah budak2 ni. Duduk paling dekat dengan TV tu...........Siapa makhluk ni..korang cuba lah teka. Aku bg hint sikit je...

Hint : Gori(bukan nama sebenar)









Be good =)

Thursday, October 30, 2008

The Wedding (part 2)

Hari kedua perkahwinan abang aku. Majlis berlansung di Astana Golf Resort Kuantan kalau tak silap aku nama tempat tu. Bersanding kira2 dalam pukul 1 tapi aku dan abang aku gerak awal dari kampung. Hari itu kena jadi driver dia. Raja sehari, nak tak nak kena juga lah jadi kuli untuk dia. Kitorang gerak awal sebab dia nak bersiap di kuantan. Semua dah tersedia just datang je bawa badan. Family aku yang lain akan datang kemudian.



Kira2 pukul 12.24 tengahari rombongan kami sampai di Astana Golf Resort. Ini adalah barisan2 kereta yang ada pada hari itu. Sebenarnya panjang lagi ke depan tapi tak muat camera nak ambil kesemuanya.






Waktu ni tengah berkumpul di depan Golf resort tersebut. Tengah buat final touch up untuk pengantin.




Sementara tunggu pengantin perempuan turun sempat lagi aku bergurau dengan abang aku. Bergurau pasal apa aku dah tak ingat. Tapi abang sulong aku kat belakang tu tengah sibuk susun orang. Aku tak ambil port pun. Jadi bestman, relax je la kat depan.



Time ni pengantin perempuan on the way turun kot. Masing2 dah ready. Pengantin pun dah control macho ala2 pendekar zaman hang tuah. Banyak la hang tuah dia..





And this is me, bestman for the day. Orang tengah sibuk bergendang ke ape ke tah diorang tengah buat, tapi aku slumber je suruh anak buah aku ambil pic aku. Hahahaha, bukan aku yang kahwin. Peduli apa aku;p



Barisan lelaki tua yang sudah beristeri tetapi berkeinginan untuk kahwin lagi. Hak3. Takde lah. Ni pic abang 1st dengan abang 3rd. Kat tepi diorang tu wife diorang. Tapi yang sebelah kanan tu ada potensi tu. Kalau tak jaga. Habis la.Nama pun abang sulong.Hehehe(sory long;p)



Line up sebelum lagu negaraku dinyanyikan.har3. Ni line up budak2 yang bawa barang hantaran ni



Dan inilah majlis utama pada hari itu. Bersanding. Aku berdiri sebelah tu apa lagi. Usha la awek2 yang datang. Mana lah tahu lepas ni aku pula yang terus duduk kat seat abang aku tu. he3. Jadi tukang kipas haritu. Penat beb.



Tukang kipas tukang lap muka tukang betulkan baju, semua aku lah senang cerita. Tapi tak boleh la nak berkira. Abang sendiri kot. Lagi pun bila lagi aku nak buat kerja2 macam ni. Ni la abang aku yang last sekali kahwin. Lain semua dah ada anak dah. Kerja takde lah penat sangat just agak panas je sikit. Yela, tengahari. Nasib baik ade awek sorang tengah duduk kat depan tu. Sejuk sikit mata ni.hahaahaha;p. Tu bukan awek tu. Tu anak saudara kakak ipar baru aku. Tapi aku kenal dia. Macam mana aku boleh kenal? And that's another story......heheh;p




Last pic ni aku letak sebab ada pic bonda tercinta tengah menepung tawar pengantin. Saja nak selit satu pic yang ada pic mak aku. ;)

Habis saja bersanding tugas aku sebagai bestman dah tamat. Lepas tu apa lagi. Cari makanan la. Majlis tu berakhir dengan pelbagai aktiviti lagi. Ada sesi nyanyian dan macam2 lagi. Tak sempat aku nak upload semua pic. Banyak sangat. Tapi family kitorang pulang awal pada hari tersebut sebab nak buat persiapan untuk hari esok pula. Untuk majlis "Jemput menantu". End of part 2.





Be good =)

Tuesday, October 28, 2008

The Wedding (part 1: sambungan,hehehe)

Sambungan kepada cerita semalam sebab aku tiba2 malas malam tadi, ahahaha. Ok, semalam berhenti kat part aku baru sampai rumah pengantin, so kali ni nak bagi habis cerita ni. Selesai je majlis akad nikah maka selamat lah semuanya. Lepas tu just ada bacaan doa dan apa2 lah yang memang wajib dan menjadi kebiasaan untuk majlis seperti itu



.

Ni gambar malam majlis tu. Aku tak upload semua sebab banyak sangat. Ni pic pengantin lelaki@abang aku tengah berarak ke rumah pengantin perempuan. Aku tak samapi lagi time ni. Baru on the way dari KL.



Ni pula gambar barang hantaran. Aku tak tahu apa sebab aku upload gambar ni. Dah takde gambar lain kot.



Time ni baru habis baca nikah kot. Apa diorang buat aku pun tak tahu. Aku mana kahwin lagi.Hahahaha.



Ni je la muka2 yang tinggal dalam family aku yang still single and available. Kepada budak2 rumah aku, tak payah la gatal2 tangan nak comment2 kat sini. Jangan mimpi la. Korang buat jugak aku taji2kan kepala korang.



Ni pic family untuk malam tu. 2,3 orang je yang tak ada. Kat luar kot diorang time tu.


Dan ini la gambar kedua2 pengantin malam tu. Ni je yang aku rasa paling elok. Yang lain macam hampeh. Sebab tangan cameraman malam tu kurang pro. HAHAHAHAHa, kalau ada lagi nanti aku upload.




So selesai je semua benda, siap makan apa semua kitorang satu family balik la rumah. Nak duduk kat situ pun bukan ada apa dah. Lagi pun nak bersiap2 untuk majlis keesokan harinya pula. End of part 1.





Be good =)

Monday, October 27, 2008

The Wedding (part 1)

24.10 2008. Cantik tarikh ni. Kalau dulu tarikh ni mengingatkan aku pada sesuatu tapi kali ni tarikh ni menjadi tarikh yang cukup bermakna buat abang aku yang dah 26tahun membujangkan diri(hahahahaha). 26 tahun tu kira memang umur dia lah. Bukannya dia kahwin tua. So untuk post kali ni aku akan buat secara berperingkat. Tak larat nak tulis semua dalam satu post. Everything yang aku sepanjang majlis tu berlansung. Ini part pertama.





Malam 24 haribulan tu berlansungnya majlis baca nikah abang aku ni. Majlis dijalankan kira2 jam 9.30 malam. Berlansung kat rumah pengatin perempuan di Kuantan. Nak dijadikan cerita hari tu aku bergerak agak lewat dari KL. Dalam pukul 6 baru nak gerak. Time tu semua ahli keluarga dah pun balik ke kampung. Semua ada kecuali aku. Ingatkan boleh sampai awal. Tapi MRR2 pula jam. Lewat juga la jawapnya. On the way ke kuantan tu mak aku call. Tanya aku dah kat mana. Time tu dah pukul 8.20malam. Aku baru kat Karak kot. Majlis pukul 9.30, tinggal lebey kurang 1jam 10 minit je lagi. Waktu2 cam tu nak taknak terpaksa lah aku buat benda yang tak pernah aku buat. Meter viva tu dah cecah 140k/m ke 150k/m. Rasa cam nak pecah enjin kereta tu, tapi dah tak ada pilihan. Tekan juga la. Sampai ke Gambang lebih kurang jam 9.30malam. Abang aku call. Dia cakap semua benda dah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Sampai ke rumah majlis berlansung lebih kurang 9.40 malam. Aku lewat 10 minit je. Tapi takpe lah. Janji semua selamat. Weh..tiba2 aku jadi malas. Esok la sambung. HAHAHAHAHA!!!~









Be good =)

Tuesday, October 21, 2008

Sofea~

NIGHTMARE. Tapi di siang hari. Entah la, boleh dikira nightmare atau tak. Tapi isi mimpi tu, aku tak tahu ianya mimpi buruk atau pun indah. Yang pasti mimpi tu mengingatkan aku tentang seseorang. Seseorang yang pernah menjadi sesuatu yang amat penting dalam hidup aku. Disebabkan mimpi tu aku terbangun dari tidur. Menghadap PC dan terus mencari isi2 atau memori yang ada didalamnya. Baca isi kandungan. Melihat. Dan mengimbau kenangan lama. Yup, memang agak lama dan agak banyak. Terfikir dan berfikir. Bagaimana keadaan dia sekarang. Harap semuanya ok. Siapa dia? Dalam mimpi itu, namanya SOFEA.








Give up ;)

Monday, October 20, 2008

Cerita SERAM : Dialog bersama Dukun

Situasi : 1
Lokasi : Kelas mandarin Mr. Lee



...............................................
.................................................
"wo te pengyou chai she li!!......"

Dengan irama yang lemak merdu lagi lunak serta bersemangat ala2 pahlawan cina dia menyanyi dalam kelas.

Habis saja kelas...



Situasi : 2
Lokasi : Tepi jalan depan MFI


"Lepak mane ni?"

"Azura la jom!"


Aku sebagai driver pada hari tu pergi mengambil kereta dan pickup diorang kat tepi jalan MFI.


"Abe,(loghat kelantan mahupun terengganu) jom la sekali"

"Takpo lah, tunggu peroh"(aku yakin ayat ini jelas dan lantang bunyinya)

Pintu kereta ditutup.




Situasi : 3
Lokasi : Dalam kereta


"Kite anta tord sekali lah"

"Hah, cakap la, aku dah slow ni"

"Eyh, tak payah la"

Meneruskan perjalanan ke Azura, sebuah restoran terkenal di section 3 Bangi. Dalam perjalanan....


"Pergh! Sedap betul kusyen kete nih"

Kata beliau. Kemudian.............

(Dengan penuh confident dan nyata umpama
dia menyanyikan lagu dalam bahasa cina tadi)

"Be pm dah siap be?" *be merujuk kepada abe didalam
loghat pantai timur.

"ko cakap ngn aku ke nai?"

"ko diam lah, aku xckp ngn ko"

"be pm dah siap blom be?"

Tiada jawapan........................lantas dia berpusing ke belakang...............

"Eyh! bukan sero naik ngn kite ke?"

Silap......................

"hahahahaha, ko cakap ngn sape ni nai??

"eyh, B#@$!!! tadi bukan die naik kete kite ke?"

"mana ade bongok!!"

"hahahahahaha"

"ko ni dah kene sumpah ngn mr. lee ni!!"

"hahahahaha, bodoh!! tula ko!! len kali tgk dulu"





Situasi : 4
Lokasi : Restoran Azura


Aku, deedee, apis dan beliau duduk satu meja. Dalam pada itu keluar lah topik pasal bakal anak masing2 pada masa hadapan.............

"kalau anak lan kte sng je nak knal, anak die mate satu, HAhahahaHA!!!"

"Anak apis pun senang jugak, kalau agak2 busuk xmandi tu anak die la tu. Hakhakhak"

"Kalau anak ko pompuan siap la ko dee, aku suro anak aku tackle anak ko, huahahahaha"

"Anak nai senang je nak kenal....................KALAU AGAK2 MERACAU SORANG2 TU ANAK NAI LA TU!! HAHAHAHAHA!! SAME CAM BAPAK DIE BECAKAP SORG2!!!!HAKHAKHAKHAK"

Tu la............len kali tengok dulu baru cakap....kan dah kene.....




Situasi : 5
Lokasi : Dalam kereta, perjalanan balik kerumah



"Asal ko diam je ni nai?"

"ko cam takut je nak cakap dah?"

"hahahahahaha. ko nak cakap cam susun ayat je?"

Sampai je kat rumah...bukak pintu kereta.............




"B@#!"


"Tunggu korang!!aku point korang balik"

"HAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"





Get good =)