Thursday, October 30, 2008

The Wedding (part 2)

Hari kedua perkahwinan abang aku. Majlis berlansung di Astana Golf Resort Kuantan kalau tak silap aku nama tempat tu. Bersanding kira2 dalam pukul 1 tapi aku dan abang aku gerak awal dari kampung. Hari itu kena jadi driver dia. Raja sehari, nak tak nak kena juga lah jadi kuli untuk dia. Kitorang gerak awal sebab dia nak bersiap di kuantan. Semua dah tersedia just datang je bawa badan. Family aku yang lain akan datang kemudian.



Kira2 pukul 12.24 tengahari rombongan kami sampai di Astana Golf Resort. Ini adalah barisan2 kereta yang ada pada hari itu. Sebenarnya panjang lagi ke depan tapi tak muat camera nak ambil kesemuanya.






Waktu ni tengah berkumpul di depan Golf resort tersebut. Tengah buat final touch up untuk pengantin.




Sementara tunggu pengantin perempuan turun sempat lagi aku bergurau dengan abang aku. Bergurau pasal apa aku dah tak ingat. Tapi abang sulong aku kat belakang tu tengah sibuk susun orang. Aku tak ambil port pun. Jadi bestman, relax je la kat depan.



Time ni pengantin perempuan on the way turun kot. Masing2 dah ready. Pengantin pun dah control macho ala2 pendekar zaman hang tuah. Banyak la hang tuah dia..





And this is me, bestman for the day. Orang tengah sibuk bergendang ke ape ke tah diorang tengah buat, tapi aku slumber je suruh anak buah aku ambil pic aku. Hahahaha, bukan aku yang kahwin. Peduli apa aku;p



Barisan lelaki tua yang sudah beristeri tetapi berkeinginan untuk kahwin lagi. Hak3. Takde lah. Ni pic abang 1st dengan abang 3rd. Kat tepi diorang tu wife diorang. Tapi yang sebelah kanan tu ada potensi tu. Kalau tak jaga. Habis la.Nama pun abang sulong.Hehehe(sory long;p)



Line up sebelum lagu negaraku dinyanyikan.har3. Ni line up budak2 yang bawa barang hantaran ni



Dan inilah majlis utama pada hari itu. Bersanding. Aku berdiri sebelah tu apa lagi. Usha la awek2 yang datang. Mana lah tahu lepas ni aku pula yang terus duduk kat seat abang aku tu. he3. Jadi tukang kipas haritu. Penat beb.



Tukang kipas tukang lap muka tukang betulkan baju, semua aku lah senang cerita. Tapi tak boleh la nak berkira. Abang sendiri kot. Lagi pun bila lagi aku nak buat kerja2 macam ni. Ni la abang aku yang last sekali kahwin. Lain semua dah ada anak dah. Kerja takde lah penat sangat just agak panas je sikit. Yela, tengahari. Nasib baik ade awek sorang tengah duduk kat depan tu. Sejuk sikit mata ni.hahaahaha;p. Tu bukan awek tu. Tu anak saudara kakak ipar baru aku. Tapi aku kenal dia. Macam mana aku boleh kenal? And that's another story......heheh;p




Last pic ni aku letak sebab ada pic bonda tercinta tengah menepung tawar pengantin. Saja nak selit satu pic yang ada pic mak aku. ;)

Habis saja bersanding tugas aku sebagai bestman dah tamat. Lepas tu apa lagi. Cari makanan la. Majlis tu berakhir dengan pelbagai aktiviti lagi. Ada sesi nyanyian dan macam2 lagi. Tak sempat aku nak upload semua pic. Banyak sangat. Tapi family kitorang pulang awal pada hari tersebut sebab nak buat persiapan untuk hari esok pula. Untuk majlis "Jemput menantu". End of part 2.





Be good =)

Tuesday, October 28, 2008

The Wedding (part 1: sambungan,hehehe)

Sambungan kepada cerita semalam sebab aku tiba2 malas malam tadi, ahahaha. Ok, semalam berhenti kat part aku baru sampai rumah pengantin, so kali ni nak bagi habis cerita ni. Selesai je majlis akad nikah maka selamat lah semuanya. Lepas tu just ada bacaan doa dan apa2 lah yang memang wajib dan menjadi kebiasaan untuk majlis seperti itu



.

Ni gambar malam majlis tu. Aku tak upload semua sebab banyak sangat. Ni pic pengantin lelaki@abang aku tengah berarak ke rumah pengantin perempuan. Aku tak samapi lagi time ni. Baru on the way dari KL.



Ni pula gambar barang hantaran. Aku tak tahu apa sebab aku upload gambar ni. Dah takde gambar lain kot.



Time ni baru habis baca nikah kot. Apa diorang buat aku pun tak tahu. Aku mana kahwin lagi.Hahahaha.



Ni je la muka2 yang tinggal dalam family aku yang still single and available. Kepada budak2 rumah aku, tak payah la gatal2 tangan nak comment2 kat sini. Jangan mimpi la. Korang buat jugak aku taji2kan kepala korang.



Ni pic family untuk malam tu. 2,3 orang je yang tak ada. Kat luar kot diorang time tu.


Dan ini la gambar kedua2 pengantin malam tu. Ni je yang aku rasa paling elok. Yang lain macam hampeh. Sebab tangan cameraman malam tu kurang pro. HAHAHAHAHa, kalau ada lagi nanti aku upload.




So selesai je semua benda, siap makan apa semua kitorang satu family balik la rumah. Nak duduk kat situ pun bukan ada apa dah. Lagi pun nak bersiap2 untuk majlis keesokan harinya pula. End of part 1.





Be good =)

Monday, October 27, 2008

The Wedding (part 1)

24.10 2008. Cantik tarikh ni. Kalau dulu tarikh ni mengingatkan aku pada sesuatu tapi kali ni tarikh ni menjadi tarikh yang cukup bermakna buat abang aku yang dah 26tahun membujangkan diri(hahahahaha). 26 tahun tu kira memang umur dia lah. Bukannya dia kahwin tua. So untuk post kali ni aku akan buat secara berperingkat. Tak larat nak tulis semua dalam satu post. Everything yang aku sepanjang majlis tu berlansung. Ini part pertama.





Malam 24 haribulan tu berlansungnya majlis baca nikah abang aku ni. Majlis dijalankan kira2 jam 9.30 malam. Berlansung kat rumah pengatin perempuan di Kuantan. Nak dijadikan cerita hari tu aku bergerak agak lewat dari KL. Dalam pukul 6 baru nak gerak. Time tu semua ahli keluarga dah pun balik ke kampung. Semua ada kecuali aku. Ingatkan boleh sampai awal. Tapi MRR2 pula jam. Lewat juga la jawapnya. On the way ke kuantan tu mak aku call. Tanya aku dah kat mana. Time tu dah pukul 8.20malam. Aku baru kat Karak kot. Majlis pukul 9.30, tinggal lebey kurang 1jam 10 minit je lagi. Waktu2 cam tu nak taknak terpaksa lah aku buat benda yang tak pernah aku buat. Meter viva tu dah cecah 140k/m ke 150k/m. Rasa cam nak pecah enjin kereta tu, tapi dah tak ada pilihan. Tekan juga la. Sampai ke Gambang lebih kurang jam 9.30malam. Abang aku call. Dia cakap semua benda dah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Sampai ke rumah majlis berlansung lebih kurang 9.40 malam. Aku lewat 10 minit je. Tapi takpe lah. Janji semua selamat. Weh..tiba2 aku jadi malas. Esok la sambung. HAHAHAHAHA!!!~









Be good =)

Tuesday, October 21, 2008

Sofea~

NIGHTMARE. Tapi di siang hari. Entah la, boleh dikira nightmare atau tak. Tapi isi mimpi tu, aku tak tahu ianya mimpi buruk atau pun indah. Yang pasti mimpi tu mengingatkan aku tentang seseorang. Seseorang yang pernah menjadi sesuatu yang amat penting dalam hidup aku. Disebabkan mimpi tu aku terbangun dari tidur. Menghadap PC dan terus mencari isi2 atau memori yang ada didalamnya. Baca isi kandungan. Melihat. Dan mengimbau kenangan lama. Yup, memang agak lama dan agak banyak. Terfikir dan berfikir. Bagaimana keadaan dia sekarang. Harap semuanya ok. Siapa dia? Dalam mimpi itu, namanya SOFEA.








Give up ;)

Monday, October 20, 2008

Cerita SERAM : Dialog bersama Dukun

Situasi : 1
Lokasi : Kelas mandarin Mr. Lee



...............................................
.................................................
"wo te pengyou chai she li!!......"

Dengan irama yang lemak merdu lagi lunak serta bersemangat ala2 pahlawan cina dia menyanyi dalam kelas.

Habis saja kelas...



Situasi : 2
Lokasi : Tepi jalan depan MFI


"Lepak mane ni?"

"Azura la jom!"


Aku sebagai driver pada hari tu pergi mengambil kereta dan pickup diorang kat tepi jalan MFI.


"Abe,(loghat kelantan mahupun terengganu) jom la sekali"

"Takpo lah, tunggu peroh"(aku yakin ayat ini jelas dan lantang bunyinya)

Pintu kereta ditutup.




Situasi : 3
Lokasi : Dalam kereta


"Kite anta tord sekali lah"

"Hah, cakap la, aku dah slow ni"

"Eyh, tak payah la"

Meneruskan perjalanan ke Azura, sebuah restoran terkenal di section 3 Bangi. Dalam perjalanan....


"Pergh! Sedap betul kusyen kete nih"

Kata beliau. Kemudian.............

(Dengan penuh confident dan nyata umpama
dia menyanyikan lagu dalam bahasa cina tadi)

"Be pm dah siap be?" *be merujuk kepada abe didalam
loghat pantai timur.

"ko cakap ngn aku ke nai?"

"ko diam lah, aku xckp ngn ko"

"be pm dah siap blom be?"

Tiada jawapan........................lantas dia berpusing ke belakang...............

"Eyh! bukan sero naik ngn kite ke?"

Silap......................

"hahahahaha, ko cakap ngn sape ni nai??

"eyh, B#@$!!! tadi bukan die naik kete kite ke?"

"mana ade bongok!!"

"hahahahahaha"

"ko ni dah kene sumpah ngn mr. lee ni!!"

"hahahahaha, bodoh!! tula ko!! len kali tgk dulu"





Situasi : 4
Lokasi : Restoran Azura


Aku, deedee, apis dan beliau duduk satu meja. Dalam pada itu keluar lah topik pasal bakal anak masing2 pada masa hadapan.............

"kalau anak lan kte sng je nak knal, anak die mate satu, HAhahahaHA!!!"

"Anak apis pun senang jugak, kalau agak2 busuk xmandi tu anak die la tu. Hakhakhak"

"Kalau anak ko pompuan siap la ko dee, aku suro anak aku tackle anak ko, huahahahaha"

"Anak nai senang je nak kenal....................KALAU AGAK2 MERACAU SORANG2 TU ANAK NAI LA TU!! HAHAHAHAHA!! SAME CAM BAPAK DIE BECAKAP SORG2!!!!HAKHAKHAKHAK"

Tu la............len kali tengok dulu baru cakap....kan dah kene.....




Situasi : 5
Lokasi : Dalam kereta, perjalanan balik kerumah



"Asal ko diam je ni nai?"

"ko cam takut je nak cakap dah?"

"hahahahahaha. ko nak cakap cam susun ayat je?"

Sampai je kat rumah...bukak pintu kereta.............




"B@#!"


"Tunggu korang!!aku point korang balik"

"HAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"





Get good =)

Kisah Hari Raya (extra) =)


Dah tak ada apa2 nak tulis sebenarnya. Ni cuma gambar "koleksi" aku tahun ini(hahahahahaha!!! ;p ). Dah besar macam ni pun still dapat duit raya. Tu yang best bila ada ramai adik beradik. Selagi tak habis study, selagi tu la diorang boleh consider untuk bagi duit kat aku. Hehehehe...memang best!!!!(kayo den!!huahahahaha!)



Get good=)

Kisah Hari Raya (part 5) Raya Keempat =)

Ni kira last chapter la ni sebab aku dah malas nak tulis pasal hari raya dah. Lagipun raya dah dekat 3minggu berlalu. Dah boleh kira basi dah. Apa2 pun meh nak sambung. Raya keempat.....Hurmmm..Tahun ni agak special sikit. Tak macam2 tahun2 sebelumnya. Tahun ni kitorang satu family banyak berjalan. Sebelum ni ada juga lah tapi kali ni lebih sikit. Pagi raya keempat tu kalau di ikutkan nak pergi beraya dirumah saudara2 yang jauh sedikit kemudian terus ke teluk cempedak di kuantan. Bawa anak2 saudara aku mandi di tepi pantai. Diorang yang request. Ketika dalam perjalanan tiba2 dapat call, rumah yang dituju tadi tak ada orang. Semuanya keluar. Pergi beraya juga. Jadi, batal rancangan tersebut dan terus ke TC(teluk cempedak). Kami bergerak dari rumah agak petang, jadi agak lewat juga lah sampai ke destinasi. Kalau tak silap hampir pukul 6 baru sampai kot. Sampai saja di tepi pantai terus mereka2( anak2 buah aku) bersiap mandi dan macam2 lah. Kitorang yang dah boleh dikategori kan sebagai dewasa ni duduk sajalah sambil memerhatikan mereka.





Sebenarnya kami ada aktiviti kami sendiri. Bermain layang2. Layang2 ni dibeli di kedai2 yang banyak kat TC tu. Banyak kedai yang jual so memang takkan habis.




Aktiviti lain? apa lagi kalau bukan sibuk bergambar. Kenangan. Bukan selalu dapat berkumpul dengan ahli keluarga =)


Malam tu ada family dinner. Makan kat Tanjung Lumpur. Tanjung Lumpur ni boleh dikatakan tempat yang terkenal dengan ikan bakar dan makanan2 laut. Family dinner ni idea kakak aku. Dah lama tak makan ramai2 dengan adik beradik kat tempat2 macam ni, katanya. Dalam gambar nih sebenarnya hanya 1/3 dari family aku. Kalau semua ada, memang panjang lagi la kot meja tu. =)




Be good =)

Saturday, October 18, 2008

Zombi Beriani Gam

Tiba2 ada mesej masuk. Semua mesej adalah seperti yang diterima dan dihantar.


"Lan,dtg skrg"

"Dtg mane?"

"Biriani gam ni la.skrg"

"Asal plak?ade ape?"

"Adala..cpt ar."

"Aah..xnk..bgtau dlu asal.."

"Dtg je..dtg ar dowh"

"Ckp la apsal?"

"Ada event kat sini.dtg je"

"Event ape jadahnye..ade ape ni?"

"Lor,dtg ar..ko tau nanti."


Aku dah tak reply, tapi tiba2 ada mesej tambahan.


"Nai tgh perform ni.ada liveband.karaoke liveband."



Nak tak nak terpaksa lah aku bersiap dan terus menuju ke tempat yang diarahkan. Masuk je kat simpang tempat tu dah rasa lain macam dah. Kereta banyak parking kat tepi jalan tapi semuanya dah tersadai lama. Dalam hati, "betul ke tempat aku pergi nih?". Tengah drive slow2 tepi kedai tu baru aku nampak muka kawan aku tengah melepak kat dalam. Terus parking dan menuju ke tempat budak2 tu. Sampai je kat situ aku nampak ada band tengah perform. Liveband, betul la apa diorang cakap tadi.


"Ko dah makan?"

"belum"

"tadi nai perform"

"ouw"

Kat atas meja penuh dengan buku2 lirik. Memang patut la. Boleh nyanyi free.


Aku yang lapar ni terus cari makanan. Makan beriani kambing. Boleh tahan juga lah. Tengah makan tu brader yang perform tu tiba2 umum, panggil isteri dia pula untuk menyanyi. Pergh!! Memang suami isteri artisan. Dua2 hebat menyumbangkan suara. Memang tak dinafikan, suara mereka enak didengar. Selesai makan, brader tadi tanya siapa yang nak nyanyi lepas ni? Aku tunjuk kat nai, nai tunjuk kat ap*#. Budak2 ni semua tunjuk kat ap#s.

"weh, taknak la"

"alah, nyanyi jela"

"tah,kate vokalis sandra"

"weh, lets gone"

"Aah, xde2 kitorang nak ko nyanyi dulu"

Makhluk tu dah buat muka nak larikan diri dah. Tiba2 nai keluar isyarat tangan. Semua dah paham. Makhluk tu gelak je.

Dah nak habis isteri brader tu nyanyi. Makhluk tu dah buat muka cuak. Lepas tu akak yang tengah nyanyi tu pulak announce, makhluk tu dah seram. Tapi nasib baik bukan dia. Akak tu panggil orang lain. Lega dia. Tapi dia silap. Yang naik nyanyi tu baru umur belasan tahun.

"weh pis, potong............la"

Hahahahahaha. Kan dah kena. Siapa suruh jadi penakut.

Lepas tu semua bergerak pulang. Dalam lif rumah, ramai2.....

"Potong *#$@" X10

Berulang2 kali(senada dan seirama umpama liveband yang tengah perform lagu rock kapak). Diorang cakap macam zombi kampung pisang pun ada. Padan muka aP#s..................HahahahahahahA!!









Be good =)

Friday, October 17, 2008

Buat adeq~

Awal2 dah boleh agak akan timbul isu seperti ini(hehe;p). Sorry yana. Bukan taknak tulis pasal yana. Tapi you dah dianggap cam my "lil sis" so cam taknak lah expose sangat(hoho). Anyway, since isu ni dah timbul meh nak cerita sikit pasal "adeq" nih. She's a friend of mine. Actually dah lebih dari tu cause aku dah anggap dia macam adeq aku. Dia sekarang di Russia. Medic. Dah kenal dia hampir 6tahun. Sorry guys tapi dia dah ada special boyfirend =). Selebihnya. Cari lah sendiri. Bukan tak mahu cerita tapi nanti banyak pula persoalan yang timbul. If you want to know anything, ASK. Jangan buat assumption sendiri.



p/s : to adeq, thanks for being such a great friend and a good "adeq" (=
(lepas ni confirm anym plak yg jeles,,haisy;p)





Be good =)

To Anym!!=)

Anym!! Heheee~ Sape anym??Hahahaha..Tak payah la bagi tau..nanti die lebey2 plak..sape die carik la sendiri..Hint: She's a fren.. a gud fren of mine..


Neway, to anym..if datang blog ni.........WELCOME!!!Heehehe~Selamat membace...


Dah2..cukup2..nanti makhluk bernama "anym" ni excited lebey plak kang..harhahrhar!!!





Be good =)

Thursday, October 16, 2008

Serabot!

Nak hidup pun susah....Haisy...Tapi memang life macam tu pun. Kalau senang baik tak payah hidup. Entah la, lately banyak sangat berfikir. Macam2 ada dalam kepala ni. Kalau buat list aku rasa mau makan 10helai muka surat A4 paper. Banyak sangat. Kalau lah boleh suruh otak ni berhenti kan senang.Akhir2 ni banyak assignment dan project yang kena disiap kan. Tambah pula dengan test yang tak pernah nak berhenti. Pergh!! Betul2 pecah otak.Hidup dah la makin malas, kalau makin rajin takpe lah. Tapi bukan itu yang kacau kepala otak aku sekarang ni. Tapi benda lain. Perkara yang hanya setengah2 orang yang tahu. Susah kalau nak explain. Soalan yang selalu keluar. " btol ke ape aku buat nih?", "ape la nak jadi ngn diri ko ni?", "ape jadi future nanti eh?". Aku banyak fikir pasal masalah aku yang lepas2. Kepala ni tak pernah nak stop. Jadi cam pening kadang2. Betul ke pertimbangan yang aku buat selama ni? Betul ke keputusan aku sebelum ni? Kadang2 aku rasa benda yang aku buat ni boleh menyebabkan aku hilang semua benda. Aku tak rasa orang akan sokong aku bila aku buat decision macam ni. Tapi aku dah pun buat keputusan itu. Dan aku buat berdasarkan fikir diri sendiri. Untuk kebaikan diri sendiri. Apa orang lain cakap, atau apa yang diorang fikir itu bukan urusan aku. I've made my decision and i've to live with it. As simple as that. And i'll do whatever it takes for me, myself, dan bukan untuk orang lain. Not being a selfish person but just nak fikir pasal diri sendiri lebih. Tu je.



Give up =p

B4-7

"weh! mlm ni kite g b*#&k jom!!"


"kedai levis bukak pukul 3pagi"


"nak g kajang ke mentari court nih?"


"mentari court la, kajang tak lawa!"


"tgk su jom, su terbaek!!"


Kalau duduk kat rumah ni, ni la ayat2 yang biasa keluar dari mulut budak2 ni. Pasal apa aku tak payah la nak cerita. Korang cari la apa maksud ayat2 ni. Aku saja nak tulis ayat2 nih. Biar orang tahu sikit apa aktiviti budak2 ni. Kepala aktiviti siapa lagi kalau bukan Mr.N dan Mr.G. Mr. Ape*# pun boleh tahan jugak. Sama naik je. Cik ijau pun lebih kurang juga. Aku tulis benda ni bukan nak burukkan siapa2. Tapi lepas aku tahu ada orang2 yang berkaitan yang baca benda alah yang aku tulis ni, aku saja nak dedah kan sikit aktiviti diorang ni. Tujuan asal? Ini tujuan aku :



WARNING : "kepada Mr.G. aku tau cik nad ko baca blog nih, so baik ko jaga jaga(alamak aku terulang 2kali laa...) sblom aktiviti ko di dedahkan.(hahahahaha) yang laen pun same..xde kompromi2 dah!!.(harharharhar)"



Be good =)

Wednesday, October 15, 2008

Kisah Hari Raya (part 4) Raya Ketiga =)

OK. Sebelum aku makin malas ataupun lupa dengan kisah2 raya aku tahun ni, baik aku tulis cepat2.

Ni dah masuk cerita raya ketiga. Raya ketiga tak banyak sangat aktiviti yang aku buat, cuma tahun ni kebetulan ada sedikit majlis makan2 yang dianjurkan oleh orang2 kampung aku sendiri. Alah, lebih kurang "open house" lah, tapi buat ramai2 so agak besar dan meriah la sikit. Kebetulan pada hari yang sama penyampaian hadiah bagi pertandingan bola sepak yang aku ceritakan itu berlansung, so kena lah hadir.





Ni lah keadaan atau panorama yang boleh dilihat pada hari tersebut. Banyak lagi gambar lain tapi aku malas nak upload. (hahahaha!!)





Ni pun gambar hari yang sama, tapi lepas dah bagi hadiah apa semua la. That's why la masing2 pegang medal dan piala masing2.






And this is me. Pegang piala pusingan + piala johan(wahahahaha!!!). Kan da cerita sebelum ni. Menang =)





Lepas majlis makan2 petang tu kitorang ada friendly pula dengan warga veteran kat kampung aku. Memang macam ni tiap2 tahun, mesti ada friendly. Bukan apa, memang saja nak rapat kan silaturrahim dengan mereka2 ni. Baru la boleh belajar respect diorang. Seronok friendly dengan mereka petang tu. Bayang kan lah, tengah main bola tu, every rule diorang yang tetapkan. Offside ke, handball ke, penalti, semua diorang decide. Dah goal pun diorang boleh cakap tak goal(kejam sugguh, hak2!). Tapi diorang memang happening, petang tu hampir satu kampung turun tengok game tu. Yang paling menarik perhatian petang tu tak lain tak bukan ketua kampung aku sendiri. Mana tak nya, korang cuba la bayangkan dia boleh main bola pakai kain pelikat. Jadi keeper pula tu. Kitorang yang semangat main ni pun jadi tak sanggup nak main sebab tergelak kat tengah padang tengok aksi dia. Tak sempat pula aku nak rakam aksi dia petang tu. Kalau tengok mesti korang tak percaya orang yang berpakaian seperti itu dan bermain bola ialah "tok ketua kampung aku". Haisy! Macam2 perangai.


Game petang tu berkesudahan dengan penalti. Veteran menang. Kalau dah main tipu. Macam mana tak menang.(hohoho) ;p






Be good =)

WEH!!~

Aku makin malas nak tulis blog!!!
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!
TOLONG~~~!!!!!!









Be good =)

Friday, October 10, 2008

C.S.I : The "mayat"

Situasi 1 :


"Kalau ade lebih bagi la kat pakcik"

Beberapa jam selepas itu...............

"Weh! G**# kene pow!"

"Bodoh! yang kau pegi deal ngan pakguard tu buat ape!! kan aku dah ckp jangan"

"Hahahaha..padan muke kau kene POW dengan pakguard"

Memang masak la makhluk sorang kat rumah ni kena bahan. Tu semua sebab pegi deal ngan pakguard pasal mayat hidup kat dalam rumah ni. Bukan tak boleh nak buat sendiri. Tapi semua dah malas tahap pendekar penyu dah. Niat makhluk tuhan tu baik, nak bersih kan rumah. Tapi dia yang silap. Kena pow ngan pakguard, habis la kena kutuk jawapnya.



Situasi 2 :


"Takpe, kita tunggu sampai "benda" tu jadi mayat. Baru kita setelkan"

"Alaa.. sikit je tu. Dah jadi mayat idup nanti kita buang la"


Semua nak tunggu jadi "mayat" dulu baru nak buang. Kalau ikutkan benda tu bukan kategori mayat dah, tu dah masuk kategori mayat hidup balik lepas tu mati lagi sekali. Dua kali mati beb. Selagi tak kena halau dengan pemaju aku rasa memang benda tu tak kan hilang.



Situasi 3 :


"Pergh!!busuk sial!!"

"Ko tak bau ke??!!"

"Bau dah sampai dalam bilik ni"


Cakap la apa pun, sorang pun tak peduli. Hidung masing2 dah kebal, lali. Kalau balik rumah ni la ayat2 yang keluar. Tapi tak berubah pun keadaan. MAYAT tetap MAYAT. Tak bergerak.





Be good =)

Wednesday, October 8, 2008

Hadapi Dengan Senyuman






Artist: Dewa

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang






You only live once, but if you live it right. Once is enough





Be good =)

Kisah Hari Raya (part 3) Raya Kedua =)

Dah masuk cerita raya kedua. Hurmm... Tiap2 tahun raya kedua la yang memang aku tunggu sangat2. Bukan setakat aku je, semua budak2 kat kampung aku tu pun excited nak tunggu raya kedua. Every year kita orang akan anjurkan satu pertandingan bola sepak. Memang ni kira aktiviti wajib kita orang lah. Kalau takde game ni mesti rasa macam tak best je raya. Team akan di undi sebelum bertanding. Kalau tak, tak fair lah. Kampung kecil macam tempat aku ni dapat la dalam 5 atau 6 team. Tu pun dah kira banyak tu. 1 team adalah dalam 9orang. Padang kecil, so main 7side je la. Ade 2 reserve. Ok la, tak la penat sangat. Undi punya undi, tahun ni dapat satu team dengan abang sendiri. Untung juga la, sebab senang nak main dengan dia. Adik beradik, tahu cara permainan masing2.


Pagi raya kedua tu sebelum game semua ahli keluarga menuju ke tanah perkuburan di kampung aku. Menziarah kubur arwah ayah. Bukan ahli keluarga aku je. Satu kampung buat benda yang sama. Hari raya kedua memang wajib masing2 menziarah saudara2 yang telah meninggalkan alam dunia. Selepas selesai tahlil dan sedikit gotong royong baru lah kami yang terlibat dengan game tu bergerak ke padang.


"Esok pagi pukul 9 kita dah ada kat padang"

"Game kalau boleh esok kita start awal"

Itu lah ayat yang aku dengar tiap2 tahun dari mulut penganjur. Tapi tak pernah pun awal. Selalunya dah nak pukul 11 baru budak2 ni sampai. Main tengah panas lah jawapnya. Bayaran 5ringgit dikenakan sebelum nak main. Kalau tak, tak dapat hadiah lah.






Medal dan piala dah siap tersusun kat atas meja pengajur. Hadiah sampai ke tempat ke-4. Team ade 6 je, Barcelona, Inter Milan, Real Madrid, AC Milan, Man Utd and Chelsea(nama masing2 taknak kalah). Bukan apa, kalau boleh nak bagi semua dapat rasa hadiah2 tu.




*Ni lah antara muka2 dan keadaan di meja penganjur.




*Gambar sepanjang pertandingan. Malas nak upload banyak2.




Balik kepada pertandingan tadi. Team aku bermula dengan agak kurang cemerlang. Kalah 1st game(hahaha). Main redah je, macam mana nak menang. Game time tu pukul 12 tengahari kot. Panas gila. Rasa macam lari tengah padang pasir. Main punya main akhirnya team aku cukup2 makan je(point) nak pergi ke semifinal. Time semi menang. Alhamdulillah, dapat juga ke final. Team aku team Barcelona. Tapi budak2 ni panggil team adik beradik. Yela, dah aku dengan abang aku satu team. That's why la diorang panggil macam tu.


Final. Time tu dalam pukul 5petang. Bila time final ni, ramai la yang datang ke padang. Kalau boleh satu kampung tu nak turun.Memang meriah. Tu yang seronok bila dapat pergi final. Semangat je rasa nak main. Main punya main akhirnya aku menang!!!(hahahahahaha!!!). 2-0. Memang hepy habis la. Mana tak nya, tahun lepas pun aku menang juga(hehehehe;p). Dah 2 tahun berturut2 pegang title. Medal dan piala akan disampaikan esok, sebab esok ada majlis hari raya kat kampung aku.



Be good =)

Tuesday, October 7, 2008

Semalam

Semalam adalah satu ketenangan =)










Get good =p









Kisah Hari Raya (part 3) Raya Pertama =)

Kali ni nak cerita pula pasal hari raya pertama. Macam biasa, pagi2 dah pun kena bangun awal, kalau tak confirm kena bebel dengan bonda tercinta. Bangun dengan penuh semangat nak raya, mandi, siap2 kemudian bersarapan. Rasa pelik bila makan diwaktu pagi. Yela, 30 hari sebelum ni kan puasa, dah biasa tak makan pagi. Kalau tengok atas meja pagi tu memang rasa agak mewah. Penuh dengan pelbagai makanan. Rasa macam makan kat hotel pun ada. Habis bersarapan kami sekeluarga mula lah melakukan "sesi wajib" setiap kali raya. Apa lagi kalau bukan sesi bermaaf2 maafan. Waktu ni lah semua ahli keluarga akan memohon ampun sesama sendiri. Kadang2 agak seronok juga. Time ni boleh dengar macam2 pengakuan, kalau yang banyak buat salah tu sampai boleh mengalir air mata(hahahahaha). Tapi lepas tu 0-0 balik lah. ;p


Habis "sesi wajib" tu kami sekeluarga menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. Selepas habis solat seronok dapat berjumpa dengan rakan2 sepermainan dari kecil. Jarang jumpa diorang ni. Aku pun balik kampung 2,3 tahun je sekali. So time ni macam2 la cerita yang keluar. Apa yang menarik pasal mereka ni setiap kali berjumpa tak pernah tak bergelak ketawa. Macam2 perangai masing2. Tak kiralah umur berapa pun. Semuanya sama saja.


Balik rumah kemudian terus bersiap2 untuk pergi beraya. Tiap2 tahun rumah yang wajib kami pergi tak lain tak bukan rumah makcik2 saudara sebelah mak. Dan tiap2 tahun juga hidangan wajib yang mereka sediakan ialah roti jala dan lotong. Memang favourite kami. Memang happening. Bayangkan adik beradik aku yang ramai nak mati tu tambah pula dengan jumlah anak buah yang semakin membiak meng"attack" rumah makcik2 aku. Memang tak menang tangan la tuan rumah.








*keadaan kat rumah makcik, ni baru 1/4. =)

Sedang sibuk beraya tiba2 dapat pangillan dari private number. Siapa agaknya? Rupa2nya panggilan dari "adeq". Dari rusia. Sempat bertanya khabar dan keadaan dia disana. Alhamdulillah katanya semua ok. Baru aku tahu raya di Rusia awal sehari. Dan dia hanya dapat bercuti pada hari raya pertama sahaja. Raya ke dua kelas dah start balik. Daripada suaranya agak ceria, ok lah tu. Walaupun tak dapat raya kat Malaysia tapi dia masih kedengaran gembira. At least dia ada peluang beraya di tempat orang. Sempat juga die pesan suruh makan kan bagi pihak dia(hahahaha). Adeq kalau baca blog ini, thanx for calling hari tu. =)




Be good =)

Monday, October 6, 2008

masalah problem

Sejak akhir2 ini ramai dikalangan rakan2 ku yang dilanda masalah. Jika di tanya masalah apa, hampir kesemuanya akan mengatakan "masalah dengan kaum wanita". Bukan untuk merendah2kan atau mengata kaum itu tetapi bagi aku perkara seperti itu adalah perkara yang sememangnya akan muncul bagi seorang lelaki. Tidak di nafikan, perkara sepeti itu pernah terjadi pada diri aku sendiri. Bila ada yang bertanya macam mana nak menghadapi situasi seperti ini, aku sendiri tidak pasti macam mana nak jawap soalan itu. Bagi aku perkara seperti ini adalah pengalaman yang boleh mematangkan seseorang. Aku tahu macam mana rasanya bila sakit hati, aku faham masalah mereka walaupun bukan seratus peratus. Tapi aku hanya mampu mendengar dan memberi nasihat. Tak lah hebat sangat macam pakar motivasi atau sesiapa yang bertaraf doktor. Tapi cukup lah kalau sekadar dapat membantu rakan2. Aku simpati dengan mereka, kadang2 bila dengar masalah mereka aku teringat masalah yang pernah terjadi pada diri sendiri. Tapi akhir2 ini nasihat yang aku sampaikan agak "kasar". Mungkin dah malas nak berlembut. Selepas apa yang jadi pada diri sendiri, aku dah malas nak jaga hati orang sangat. Bukan berniat nak jadi kejam, tapi memang dah penat sangat2. Aku harap mereka2 disekeliling aku ini dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik. Aku doakan kesejahteraan mereka. Kadang2 kena lah jaga hati sendiri, jangan asyik jaga hati orang lain sahaja. Masing2 masih muda lagi. Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Hidup memang tak selalu indah. Apapun yang jadi lepas ni aku harap semuanya ok.InsyaAllah.




Be good =)

Haisy~


"The Last Goodbye"

I don't believe you
And I never will
Oh I can't live by your side
With the lies you've tried to instill
I can't take anymore
I dont have to give you a reason
For leaving this time
Coz this is my last goodbye

It's like I hardly know you
But maybe I never did
It's like every emotion you showed me
You kept well hid
And every true word that you ever spoke
Was really deceiving
Now I'm leaving this time
Coz this is my last goodbye

I've gotta turn and walk away
I don't have anything left to say
I haven't already said before
I've grown tired of being used
And I'm sick and tired of being accused
Now I'm walking away from you
And I'm not coming back





Give up )=

Sunday, October 5, 2008

Kisah Hari Raya (part 2) =)

Sambungan kepada cerita dibawah. Kenapa aku asingkan cerita2 ini? Sengaja dilakukan. Supaya lebih tersusun dan senang difahami. Setiap kisah terjadi dalam hari yang berlainan, jadi lebih senang begini, agar tidak berlaku kekeliruan. Kisah Hari Raya (part 2). Kali ini banyak pasal persiapan nak sambut raya. Sehari sebelum raya ataupun hari terakhir berpuasa. Selalunya pada hari ini kami sekeluarga akan bergotong royong melakukan kerja2 rumah. Adik beradik aku ramai, 11 orang semuanya jadi semua kerja yang dilakukan cepat siap dan tidak lah terlalu berat. Tapi tahun ini tidak semua ahli keluarga balik beraya di kampung. Bagi mereka yang sudah berumah tangga, tahun ini wajib beraya di rumah mertua. Ataupun dalam istilah lainnya, "ikut turn". Jadi yang tinggal hanyalah yang masih bujang dan abang sulong aku yang tak pernah balik ke rumah mertua. "SULONG". Faham2 sajalah. Macam mana sekali pun, sambutan tetap sama.



p/s : ini adalah lakonan semata2.



Lemang adalah salah satu perkara wajib setiap kali raya. Wajib bagi keluarga aku. Didalam gambar itu adalah abang dan anak saudara ku. Mereka memang suka "menghadirkan"diri didalam kamera w660i aku.



p/s : ini betol, tak tipu(hehehe)

Ini lah tugas aku. "mengukur" kelapa, atau pun mengkukur kelapa. Mana satu betul aku pun tak pasti. Atau masih ada istilah lain, itu juga aku tak pasti. Seronok melakukan kerja ini. Terasa seperti memandu kereta F1 (hahahahaha). Sebenarnya aku yang suka berangan2, mungkin kerana kebosanan yang amat sangat. So, inilah aktiviti aku pada hari itu. Banyak lagi kalau di ikutkan tapi tak perlu lah aku ceritakan semuanya =)




Be good =)

Kisah Hari Raya (part 1) =)

Hurmm.....
Tak tahu macam mana nak mula, so pakai cerita aja lah ;p
So, kali ni nak cerita serba sedikit pasal pengalaman RAYA tahun ni. Tahun ni aku balik awal ke kampung. Selalunya tinggal sehari sebelum raya baru nak balik, tapi kali ni tak. Cuti bermula agak awal, 4hari sebelum raya dah pun start cuti, so kene la balik awal. My mum cakap banyak kerja yang perlu dilakukan di kampung jadi terpaksalah balik awal. Maklum lah, rumah di kampung tu dah lama ditinggalkan jadi kena lah "menjalankan proses pembersihan".





This is my house. Bagi mereka2 yang tak pernah tahu ataupun tidak pernah mengambil tahu, disinilah aku dilahirkan dan dibesarkan. Aku berasal dari sebuah kampung di Pahang. Sebuah kampung yang dinamakan Kampung Belimbing. Kalau nak cerita pasal kampung aku, 4hari 4malam pun belum tentu habis. Jadi, berbalik kepada kisah hari raya. Nampak daun2 kering dihalaman rumah itu? Itu lah kerja2 pembersihan yang aku maksudkan tadi. Itulah tujuan aku balik awal. Terpaksa membersihkan kawasan2 rumah. "Aku bukan rajin sangat(hahahaha;p)".



Be good =)

Lalalalala~

Hey!!~
"im back!!!!"
hehehehehe.
Rasa macam banyak je nk tulis, tapi waktu sudah menunjukkan 3.09 a.m. Baru saja sampai dari Pahang(hoho), amat penat. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 2jam setengah menjadi amat panjang berikutan "jam" yang amat sangat(aduh....). Kali ini terpaksa "drive" selama hampir 6 jam. Badan dah tak larat, jadi, esok je la sambung ;)
Selamat malam!!@Selamat pagi=)





Be good =)