Sunday, October 5, 2008

Kisah Hari Raya (part 2) =)

Sambungan kepada cerita dibawah. Kenapa aku asingkan cerita2 ini? Sengaja dilakukan. Supaya lebih tersusun dan senang difahami. Setiap kisah terjadi dalam hari yang berlainan, jadi lebih senang begini, agar tidak berlaku kekeliruan. Kisah Hari Raya (part 2). Kali ini banyak pasal persiapan nak sambut raya. Sehari sebelum raya ataupun hari terakhir berpuasa. Selalunya pada hari ini kami sekeluarga akan bergotong royong melakukan kerja2 rumah. Adik beradik aku ramai, 11 orang semuanya jadi semua kerja yang dilakukan cepat siap dan tidak lah terlalu berat. Tapi tahun ini tidak semua ahli keluarga balik beraya di kampung. Bagi mereka yang sudah berumah tangga, tahun ini wajib beraya di rumah mertua. Ataupun dalam istilah lainnya, "ikut turn". Jadi yang tinggal hanyalah yang masih bujang dan abang sulong aku yang tak pernah balik ke rumah mertua. "SULONG". Faham2 sajalah. Macam mana sekali pun, sambutan tetap sama.



p/s : ini adalah lakonan semata2.



Lemang adalah salah satu perkara wajib setiap kali raya. Wajib bagi keluarga aku. Didalam gambar itu adalah abang dan anak saudara ku. Mereka memang suka "menghadirkan"diri didalam kamera w660i aku.



p/s : ini betol, tak tipu(hehehe)

Ini lah tugas aku. "mengukur" kelapa, atau pun mengkukur kelapa. Mana satu betul aku pun tak pasti. Atau masih ada istilah lain, itu juga aku tak pasti. Seronok melakukan kerja ini. Terasa seperti memandu kereta F1 (hahahahaha). Sebenarnya aku yang suka berangan2, mungkin kerana kebosanan yang amat sangat. So, inilah aktiviti aku pada hari itu. Banyak lagi kalau di ikutkan tapi tak perlu lah aku ceritakan semuanya =)




Be good =)

0 comments: