Wednesday, October 8, 2008

Kisah Hari Raya (part 3) Raya Kedua =)

Dah masuk cerita raya kedua. Hurmm... Tiap2 tahun raya kedua la yang memang aku tunggu sangat2. Bukan setakat aku je, semua budak2 kat kampung aku tu pun excited nak tunggu raya kedua. Every year kita orang akan anjurkan satu pertandingan bola sepak. Memang ni kira aktiviti wajib kita orang lah. Kalau takde game ni mesti rasa macam tak best je raya. Team akan di undi sebelum bertanding. Kalau tak, tak fair lah. Kampung kecil macam tempat aku ni dapat la dalam 5 atau 6 team. Tu pun dah kira banyak tu. 1 team adalah dalam 9orang. Padang kecil, so main 7side je la. Ade 2 reserve. Ok la, tak la penat sangat. Undi punya undi, tahun ni dapat satu team dengan abang sendiri. Untung juga la, sebab senang nak main dengan dia. Adik beradik, tahu cara permainan masing2.


Pagi raya kedua tu sebelum game semua ahli keluarga menuju ke tanah perkuburan di kampung aku. Menziarah kubur arwah ayah. Bukan ahli keluarga aku je. Satu kampung buat benda yang sama. Hari raya kedua memang wajib masing2 menziarah saudara2 yang telah meninggalkan alam dunia. Selepas selesai tahlil dan sedikit gotong royong baru lah kami yang terlibat dengan game tu bergerak ke padang.


"Esok pagi pukul 9 kita dah ada kat padang"

"Game kalau boleh esok kita start awal"

Itu lah ayat yang aku dengar tiap2 tahun dari mulut penganjur. Tapi tak pernah pun awal. Selalunya dah nak pukul 11 baru budak2 ni sampai. Main tengah panas lah jawapnya. Bayaran 5ringgit dikenakan sebelum nak main. Kalau tak, tak dapat hadiah lah.






Medal dan piala dah siap tersusun kat atas meja pengajur. Hadiah sampai ke tempat ke-4. Team ade 6 je, Barcelona, Inter Milan, Real Madrid, AC Milan, Man Utd and Chelsea(nama masing2 taknak kalah). Bukan apa, kalau boleh nak bagi semua dapat rasa hadiah2 tu.




*Ni lah antara muka2 dan keadaan di meja penganjur.




*Gambar sepanjang pertandingan. Malas nak upload banyak2.




Balik kepada pertandingan tadi. Team aku bermula dengan agak kurang cemerlang. Kalah 1st game(hahaha). Main redah je, macam mana nak menang. Game time tu pukul 12 tengahari kot. Panas gila. Rasa macam lari tengah padang pasir. Main punya main akhirnya team aku cukup2 makan je(point) nak pergi ke semifinal. Time semi menang. Alhamdulillah, dapat juga ke final. Team aku team Barcelona. Tapi budak2 ni panggil team adik beradik. Yela, dah aku dengan abang aku satu team. That's why la diorang panggil macam tu.


Final. Time tu dalam pukul 5petang. Bila time final ni, ramai la yang datang ke padang. Kalau boleh satu kampung tu nak turun.Memang meriah. Tu yang seronok bila dapat pergi final. Semangat je rasa nak main. Main punya main akhirnya aku menang!!!(hahahahahaha!!!). 2-0. Memang hepy habis la. Mana tak nya, tahun lepas pun aku menang juga(hehehehe;p). Dah 2 tahun berturut2 pegang title. Medal dan piala akan disampaikan esok, sebab esok ada majlis hari raya kat kampung aku.



Be good =)

1 comments:

Anonymous said...

byknya majlis raya kat kg lan nie..hahah..kire hebat la tu mng 2 thn??:p-hanim-