Monday, October 6, 2008

masalah problem

Sejak akhir2 ini ramai dikalangan rakan2 ku yang dilanda masalah. Jika di tanya masalah apa, hampir kesemuanya akan mengatakan "masalah dengan kaum wanita". Bukan untuk merendah2kan atau mengata kaum itu tetapi bagi aku perkara seperti itu adalah perkara yang sememangnya akan muncul bagi seorang lelaki. Tidak di nafikan, perkara sepeti itu pernah terjadi pada diri aku sendiri. Bila ada yang bertanya macam mana nak menghadapi situasi seperti ini, aku sendiri tidak pasti macam mana nak jawap soalan itu. Bagi aku perkara seperti ini adalah pengalaman yang boleh mematangkan seseorang. Aku tahu macam mana rasanya bila sakit hati, aku faham masalah mereka walaupun bukan seratus peratus. Tapi aku hanya mampu mendengar dan memberi nasihat. Tak lah hebat sangat macam pakar motivasi atau sesiapa yang bertaraf doktor. Tapi cukup lah kalau sekadar dapat membantu rakan2. Aku simpati dengan mereka, kadang2 bila dengar masalah mereka aku teringat masalah yang pernah terjadi pada diri sendiri. Tapi akhir2 ini nasihat yang aku sampaikan agak "kasar". Mungkin dah malas nak berlembut. Selepas apa yang jadi pada diri sendiri, aku dah malas nak jaga hati orang sangat. Bukan berniat nak jadi kejam, tapi memang dah penat sangat2. Aku harap mereka2 disekeliling aku ini dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik. Aku doakan kesejahteraan mereka. Kadang2 kena lah jaga hati sendiri, jangan asyik jaga hati orang lain sahaja. Masing2 masih muda lagi. Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Hidup memang tak selalu indah. Apapun yang jadi lepas ni aku harap semuanya ok.InsyaAllah.




Be good =)

0 comments: