Kira2 pukul 12.24 tengahari rombongan kami sampai di Astana Golf Resort. Ini adalah barisan2 kereta yang ada pada hari itu. Sebenarnya panjang lagi ke depan tapi tak muat camera nak ambil kesemuanya.
Waktu ni tengah berkumpul di depan Golf resort tersebut. Tengah buat final touch up untuk pengantin.
Sementara tunggu pengantin perempuan turun sempat lagi aku bergurau dengan abang aku. Bergurau pasal apa aku dah tak ingat. Tapi abang sulong aku kat belakang tu tengah sibuk susun orang. Aku tak ambil port pun. Jadi bestman, relax je la kat depan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzpsxQPq_X3QCwNmqIYdYHYZA-ddg3vfd034gZsPeE0G81NLY5PO1FQ_egw0ZHFnseSJoA3lHEGHEeGbxsmV6mPEp7dLBhTO34RPqmnh4bB_nRKZVCzOckClBacvq0kUrKCIunHp5yfyIY/s320/IMG_0225.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJCDJ9GXqvbl24NmsIasv_vnEeEF0wDz__rnNVI-h6dadh-hX4-fDniuoKdkg-Vtu9k9IpoT3zJNkiit_CFWtRKPcdSV-dRSrCuVv982yua1s0S_vQ0NWjSuPIXGIo7hD6x2D-XPK9-FLc/s320/IMG_0231.jpg)
Dan inilah majlis utama pada hari itu. Bersanding. Aku berdiri sebelah tu apa lagi. Usha la awek2 yang datang. Mana lah tahu lepas ni aku pula yang terus duduk kat seat abang aku tu. he3. Jadi tukang kipas haritu. Penat beb.
Last pic ni aku letak sebab ada pic bonda tercinta tengah menepung tawar pengantin. Saja nak selit satu pic yang ada pic mak aku. ;)
Habis saja bersanding tugas aku sebagai bestman dah tamat. Lepas tu apa lagi. Cari makanan la. Majlis tu berakhir dengan pelbagai aktiviti lagi. Ada sesi nyanyian dan macam2 lagi. Tak sempat aku nak upload semua pic. Banyak sangat. Tapi family kitorang pulang awal pada hari tersebut sebab nak buat persiapan untuk hari esok pula. Untuk majlis "Jemput menantu". End of part 2.
Be good =)