Monday, October 20, 2008

Kisah Hari Raya (part 5) Raya Keempat =)

Ni kira last chapter la ni sebab aku dah malas nak tulis pasal hari raya dah. Lagipun raya dah dekat 3minggu berlalu. Dah boleh kira basi dah. Apa2 pun meh nak sambung. Raya keempat.....Hurmmm..Tahun ni agak special sikit. Tak macam2 tahun2 sebelumnya. Tahun ni kitorang satu family banyak berjalan. Sebelum ni ada juga lah tapi kali ni lebih sikit. Pagi raya keempat tu kalau di ikutkan nak pergi beraya dirumah saudara2 yang jauh sedikit kemudian terus ke teluk cempedak di kuantan. Bawa anak2 saudara aku mandi di tepi pantai. Diorang yang request. Ketika dalam perjalanan tiba2 dapat call, rumah yang dituju tadi tak ada orang. Semuanya keluar. Pergi beraya juga. Jadi, batal rancangan tersebut dan terus ke TC(teluk cempedak). Kami bergerak dari rumah agak petang, jadi agak lewat juga lah sampai ke destinasi. Kalau tak silap hampir pukul 6 baru sampai kot. Sampai saja di tepi pantai terus mereka2( anak2 buah aku) bersiap mandi dan macam2 lah. Kitorang yang dah boleh dikategori kan sebagai dewasa ni duduk sajalah sambil memerhatikan mereka.





Sebenarnya kami ada aktiviti kami sendiri. Bermain layang2. Layang2 ni dibeli di kedai2 yang banyak kat TC tu. Banyak kedai yang jual so memang takkan habis.




Aktiviti lain? apa lagi kalau bukan sibuk bergambar. Kenangan. Bukan selalu dapat berkumpul dengan ahli keluarga =)


Malam tu ada family dinner. Makan kat Tanjung Lumpur. Tanjung Lumpur ni boleh dikatakan tempat yang terkenal dengan ikan bakar dan makanan2 laut. Family dinner ni idea kakak aku. Dah lama tak makan ramai2 dengan adik beradik kat tempat2 macam ni, katanya. Dalam gambar nih sebenarnya hanya 1/3 dari family aku. Kalau semua ada, memang panjang lagi la kot meja tu. =)




Be good =)

1 comments:

sumanxbs said...

please visit freeimageswallpaperanimation.blogspot.com
and contact... to sumanxbs@gmail.com... to become friend...