Habis "sesi wajib" tu kami sekeluarga menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. Selepas habis solat seronok dapat berjumpa dengan rakan2 sepermainan dari kecil. Jarang jumpa diorang ni. Aku pun balik kampung 2,3 tahun je sekali. So time ni macam2 la cerita yang keluar. Apa yang menarik pasal mereka ni setiap kali berjumpa tak pernah tak bergelak ketawa. Macam2 perangai masing2. Tak kiralah umur berapa pun. Semuanya sama saja.
Balik rumah kemudian terus bersiap2 untuk pergi beraya. Tiap2 tahun rumah yang wajib kami pergi tak lain tak bukan rumah makcik2 saudara sebelah mak. Dan tiap2 tahun juga hidangan wajib yang mereka sediakan ialah roti jala dan lotong. Memang favourite kami. Memang happening. Bayangkan adik beradik aku yang ramai nak mati tu tambah pula dengan jumlah anak buah yang semakin membiak meng"attack" rumah makcik2 aku. Memang tak menang tangan la tuan rumah.
Sedang sibuk beraya tiba2 dapat pangillan dari private number. Siapa agaknya? Rupa2nya panggilan dari "adeq". Dari rusia. Sempat bertanya khabar dan keadaan dia disana. Alhamdulillah katanya semua ok. Baru aku tahu raya di Rusia awal sehari. Dan dia hanya dapat bercuti pada hari raya pertama sahaja. Raya ke dua kelas dah start balik. Daripada suaranya agak ceria, ok lah tu. Walaupun tak dapat raya kat Malaysia tapi dia masih kedengaran gembira. At least dia ada peluang beraya di tempat orang. Sempat juga die pesan suruh makan kan bagi pihak dia(hahahaha). Adeq kalau baca blog ini, thanx for calling hari tu. =)
Be good =)
0 comments:
Post a Comment