Wednesday, October 15, 2008

Kisah Hari Raya (part 4) Raya Ketiga =)

OK. Sebelum aku makin malas ataupun lupa dengan kisah2 raya aku tahun ni, baik aku tulis cepat2.

Ni dah masuk cerita raya ketiga. Raya ketiga tak banyak sangat aktiviti yang aku buat, cuma tahun ni kebetulan ada sedikit majlis makan2 yang dianjurkan oleh orang2 kampung aku sendiri. Alah, lebih kurang "open house" lah, tapi buat ramai2 so agak besar dan meriah la sikit. Kebetulan pada hari yang sama penyampaian hadiah bagi pertandingan bola sepak yang aku ceritakan itu berlansung, so kena lah hadir.





Ni lah keadaan atau panorama yang boleh dilihat pada hari tersebut. Banyak lagi gambar lain tapi aku malas nak upload. (hahahaha!!)





Ni pun gambar hari yang sama, tapi lepas dah bagi hadiah apa semua la. That's why la masing2 pegang medal dan piala masing2.






And this is me. Pegang piala pusingan + piala johan(wahahahaha!!!). Kan da cerita sebelum ni. Menang =)





Lepas majlis makan2 petang tu kitorang ada friendly pula dengan warga veteran kat kampung aku. Memang macam ni tiap2 tahun, mesti ada friendly. Bukan apa, memang saja nak rapat kan silaturrahim dengan mereka2 ni. Baru la boleh belajar respect diorang. Seronok friendly dengan mereka petang tu. Bayang kan lah, tengah main bola tu, every rule diorang yang tetapkan. Offside ke, handball ke, penalti, semua diorang decide. Dah goal pun diorang boleh cakap tak goal(kejam sugguh, hak2!). Tapi diorang memang happening, petang tu hampir satu kampung turun tengok game tu. Yang paling menarik perhatian petang tu tak lain tak bukan ketua kampung aku sendiri. Mana tak nya, korang cuba la bayangkan dia boleh main bola pakai kain pelikat. Jadi keeper pula tu. Kitorang yang semangat main ni pun jadi tak sanggup nak main sebab tergelak kat tengah padang tengok aksi dia. Tak sempat pula aku nak rakam aksi dia petang tu. Kalau tengok mesti korang tak percaya orang yang berpakaian seperti itu dan bermain bola ialah "tok ketua kampung aku". Haisy! Macam2 perangai.


Game petang tu berkesudahan dengan penalti. Veteran menang. Kalau dah main tipu. Macam mana tak menang.(hohoho) ;p






Be good =)

2 comments:

hanim saidin said...

pssst..lan pkai bj melayu ni da 3 kali dlm blog nie:p

parkos said...

haha..yeke?
xprasanah!!